Memastikan bahawa dasar, program dan inisiatif (di peringkat domestik dan antarabangsa) yang berkaitan dengan Ekosistem Ekonomi Digital (termasuk dalam e-Dagang) menyumbang ke arah peningkatan perdagangan, pelaburan dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia ("Perkembangan ekonomi") .
Pengenalan EKSA
Dasar EKSA
“MITI komited menggerakkan budaya kerja profesional melalui penyediaan ruang kerja yang kondusif, bersih dan teratur bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada pelanggan.”
Objektif EKSA
Merekayasa budaya kerja profesional melalui: i) Persekitaran kerja yang kondusif; ii) Menggalakkan pelaksanaan amalan hijau; iii) Menampilkan imej Korporat yang minimalis; iv) Menyemarakkan elemen kreativiti dan inovasi.
Slogan EKSA MITI
Inovatif, Kondusif, Produktif
Tujuan EKSA dilaksanakan : Panduan Pelaksanaan EKSA MITI diterbitkan sebagai satu rujukan untuk membantu seluruh warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi melaksanakan EKSA secara lebih teratur dan dalam menyokong usaha warga kementerian untuk mencapai objektif EKSA. Panduan ini menerangkan dengan lebih jelas konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan oleh pihak MAMPU dengan penjenamaan semula 5S dan kaedah pelaksanaan EKSA di MITI. Selain itu, tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat pelaksanaan, kaedah pengauditan yang diguna pakai, kelayakan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan juga diterangkan. EKSA telah diamalkan di sektor awam dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan dalam masa yang sama, imej korporat dapat dikekalkan. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. EKSA juga menggalakkan warga MITI agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan. Perlu diingat bahawa panduan ini adalah sebagai piawaian secara minima sahaja dan pemakaiannya adalah tertakluk kepada kesesuaian peringkat zon masing-masing. Melalui pengamalan EKSA, adalah diharapkan dapat memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat sehingga semua warga MITI dapat bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.
Jawatankuasa Pelaksana EKSA
Jawatankuasa Zon EKSA
Carta Organisasi Bahagian Digital Ekonomi
Informasi EKSA
Carta Perbatuan
Aktiviti EKSA
Hubungi Kami
Emel rasmi bahagian
alldigital@miti.gov.my
Lokasi pejabat
Aras 21,
No.
7, Jalan Sultan
Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia